Powered By Blogger

Friday, November 5, 2010

MIMPI MENURUT ISLAM

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak

Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.Sebagai contoh mimpi tenggelam di dalam laut dan tidak dapat menyelamatkan diri, ia bermakna akan terjadi perkara yang buruk.

TINDAKAN SETELAH MIMPI

Berbagai cara dan sikap manusia dalam menghadapi mimpi, setelah mereka bermimpi.Oleh itu Islam telah memberi kita tunjuk ajar dan panduan tentang sikap yang perlu kita lakukan setelah kita bermimpi.

Di dalam sebuah hadith yang bermaksud :


" Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."


Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."


( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :


1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.

2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain

HAWA NAFSU DORONG PENYAKIT HATI

Assalamualaikum,

Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya.

Akan tetapi ia dilihat dari sudut ketakwaannya kepada Allah subhanahua ta’ala disamping melihat kepada kesucian hatinya yang bebas daripada segala sifat mazmumah.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat ‘’ wahai Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang terbaik ?’ jawab baginda s.a.w. orang mukmin yang bersih hatinya ? tanya sahabat lagi ‘ apakah maksud orang yang bersih hatinya itu? ‘ jawab baginda s.a.w. ialah yang bertakwa, bersih yakni tidak ada kederhakaan, pengkhianatan , dendam dan kedengkian ‘ riwayat Ibnu Majjah.

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati, kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia .


(1) Hasad Dengki

Islam sangat mencela sifat dengki atau hasad. Sifat ini biasanya lahir dari seseorang yang tidak menyenangi sesuatu kelebihan atau nikmat yang ada pada orang lain. Golongan ini akan berusaha untuk mendapatkan kelebihan orang itu supaya nikmat itu berpindah kepadanya. Sifat dengki ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja samada mereka yang kaya dan kukuh ekonominya atau mereka yang kurang berada. Bagi yang kurang berada, kemampuan mereka terbatas dan kadang-kadang tidak memungkinkan untuk mereka mencapai sesuatu yang dihajati.

Lantaran apa yang dicita-citakan untuk menjadi seperti orang lain tidak tercapai, maka yang timbul ialah menaruh sifat irihati dan dengki terhadap mereka yang lebih beruntung dari mereka, sifat ini juga boleh menjangkiti golongan yang berada. Mereka tidak mahu kekayaan diperolehi kepada orang lain yang kadang-kadang jiran atau saudara mara mereka sendiri. Lebih membimbangkan lagi ialah sifat dengki ini boleh membawa seseorang kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ‘ jauhkan diri kamu dari hasad dengki sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering ‘.


(2) Sifat Khianat

Sifat khianat boleh dianggap sebagai teman akrab dengan penyakit dengki kerana kedua-duanya lahir dari hati manusia yang kotor lantaran sangat lemah keimanannya. Wujudnya sifat khianat dalam masyarakat disebabkan oleh cuainya individu dalam menjaga amanah orang lain. Ia timbul disebabkan rasa tidak senang apabila orang lain dianugerahkan nikmat atau rezeki oleh Allah subhanahua ta’ala. Khianat ialah satu sifat yang sangat berbahaya kerana boleh berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan, khianat-mengkhianati boleh timbul di antara suami isteri dalam kehidupan rumahtangga, boleh berlaku di antara adik-beradik, jiran tetangga, teman sekeluarga, juga wujud dalam hal perdagangan, politik dalam aspek kehidupan yang lain.

Perbuatan khianat ini juga boleh berlaku baik secara terang-terangan mahupun secara sembunyi. Kita sering mendengar istilah seperti musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, pagar makan padi ‘ yang mana semua itu ditujukan kepada orang yang melakukan pengkhianatan secara sembunyi atau rahsia. Apa yang jelas ialah sifat khianat ini sangat dimurkai Allah subhanahua ta’ala. Orang yang memiliki sifat ini sesungguhnya tidak memberi apa-apa keuntungan pun. Apa yang pasti hanyalah kerugian kerana tidak menemui ketenangan dan kedamaian hidup sebaliknya sentiasa resah gelisah. Juga ia termasuk dalam golongan orang munafik seperti sabda nabi yang bermaksud : ‘ tanda orang munafik ada tiga apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila diamanahkan dia khianat ‘.


(3) Riya’

Riya’ adalah sifat yang juga sangat merbahaya kerana boleh menghapuskan segala kebajikan atau amal soleh yang telah dikerjakan oleh seseorang sehingga tidak bernilai disisi Allah subhanahua ta’ala. Orang yang riya’ membuat ibadah atau apa sahaja amalan bukan untuk mengharapkan keredhaan Allah subhanua ta’ala bahkan kerana mengharapkan pujian dan penilaian dari manusia.

Firman Allah ta’ala : maksudnya  ; maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berkeadaan riya’
Dalam mengerjakan apa jua bentuk amal soleh atau beribadat kepada Allah subhanahua ta’ala jika didasarkan kepada riya’ maka akan sia-sialah ibadat itu. Sesungguhnya  Allah subhanahua ta’ala memerintahkan hambanya agar beribadat dengan penuh ikhlas.

Firman Allah subhanahua ta’ala :-

Maksudnya :’ pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya (ikhlas) dalam menjalankan agama dengan lurus dan supaya mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus ‘ maka jelaslah, amalan yang didasarkan kepada riya’ itu tadi tidak akan mendapat pahala. Apa yang nyata ‘ riya’  tidak akan meninggalkan kesan positif  kepada pelakunya. Orang riya’ yang tidak ikhlas biasanya amalannya atau budinya tidak kemana. Apabila tiada manusia yang memuji atau tidak mendapat pujian, orang yang riya’ itu akan berhenti dari beramal.


(4) Sifat Takbur
Takbur dan sombong adalah sifat yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah subhanahua ta’ala. Ulama’ tasawuf menggolongkan sifat ini sebagai syirik kecil. Ini adalah kerana orang takbur itu merasa dirinya terlalu tinggi atau lebih hebat dari orang lain. Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan membuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah subhanahua ta’ala yang serba lemah lagi banyak kekurangan. Perlu kita memahami, kalau sekiranya kita mempunyai ada kelebihan zahiriah pun, ia adalah diberikan oleh Allah subhanahua ta’ala dan hanya untuk kehidupan yang sementara sahaja di atas muka bumi ini.

Pada asalnya sifat sombong adalah sifat iblis yang dahulu tidak mahu sujud kepada nabi Adam di dalam syurga. Hal ini lantaran iblis beranggapan dirinya memiliki sifat kemuliaan iaitu iblis dijadikan dari api manakala Adam dari tanah.

Sifat-sifat tercela ini apabila wujud dalam sesebuah masyarakat bukan hanya akan membawa kerosakan dalam masyarakat tersebut, malah orang yang bersifat demikian pun turut menerima padahnya. Mudah-mudahan semua para muslimin terhindar dari sifat-sifat ini.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : ‘ …Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sikap bakhil, dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya’

Sumber: Al-Azim.com